Jumaat, 31 Julai 2009

Latihan Teknik Temuduga Pesakit

Hari ini kami di tugaskan untuk membuat simulasi bagi menemuduga pesakit demam denggi. Agak sukar kerana masih janggal dan malu sesama sendiri untuk melakukannya. Kami ni bukannya pelakon handalan macam En.Ikhmal yang menjadi orang tua yang di syaki demam denggi. Mantop sungguh lakonanmu En.Ikhmal, dengan mimik muka yang selamber hehehe. Apapun syabas pada semua kerana mendapat pujian dari trainer, En. Razak. Cuma latihan demi latihan lagi diperlukan untuk memantapkan lagi cara menemuduga pesakit yang mana akan di jalankan sekali lagi oleh pengajar-pengajar KSKB.






AMARAN KPD TOPSOIL DRP KADI SDN BHD

Top Soil atau En. Firdaus, sila alihkan kereta anda dengan segera. Nanti kena warning lagi dengan Tok Kadi kat bawah tu. Jangan marah yer Daus. Cuma nasihat. wakakaka!!


Khamis, 30 Julai 2009

Mesin Basuh Baru

Bendahari kami En.Shafiq mencadangkan supaya membeli sebuah mesin basuh bagi kesenangan pelatih PLK Kuantan untuk membasuh baju. Nak harapkan pelatih kat sini basuh guna tangan, jangan mimpilah. Setiap seorang pelatih di kehendaki membayar sebanyak RM 28 seorang untuk membeli mesin basuh. Hari ini kami pergi beli dekat "Court Mamoh". Senanglah hati kami semua di sini sebab tak perlu basuh baju pakai tangan. Lembut lah tangan kami semua bak sutera sebab tak main sabun. Yahoo...!!!






 
Muka Depan | En.Ikhmal | En.Rezan | En.Firdaus| En.Muhammadi | En.Ariff Sham | En.Nik Mohamad Shahril| En.Farid | En.Fikhrillah | En.Shafiq| En.Hambali | En.Arif
Geng2 Plk Kuantan Di Cipta Oleh Rezan | Inspirasi Oleh Payed