Ini merupakan kali pertama PKD Kuantan melakukan aktiviti ini. Aktiviti ini akan di lakukan dua kali. Aktiviti yang pertama ini di buat di antara sempadan terengganu dan pahang iaitu jalan menuju ke Cherating. Aktiviti yang kedua akan menyusul selepas Hari Raya Puasa. Kami melakukan sekatan jalan raya dengan bantuan polis dan polis trafik Cherating.
Pemeriksaan yang di buat ialah peruntukan bagi Akta Makanan 1983. Kami menahan lori dan treler yang membawa bahan makanan serta menahan teksi dan bas awam bagi peruntukan Peraturan Hasil Kawalan Tembakau. Pemeriksaan yang di lakukan ialah melihat papan tanda "Di larang Merokok" serta memeriksa makanan seperti label, penyimpanan dan sebagainya. Kami juga mencatat jumlah kenderaan yang di tahan. Beberapa kenderaan di beri notis amaran kerana menyalahi Akta Makanan 1983.
Avast AntiVirus 4.8 PROFESSIONAL Full with Life Time Keygen
16 tahun yang lalu



0 ulasan:
Catat Ulasan