Khamis, 30 Julai 2009

Pemeriksaan Sekolah

Hari ini kami di beri taklimat bagi pemeriksaan sekolah. Kali ini En. Shafiq pula kena tazkirah pagi. Apapun kami ucapkan tahniah pada Shafiq walaupun bercakap dalam keadaan tergagap-gagap dan tunggang-langgang tapi keberanian dan kesungguhan untuk bercakap dalam bahasa inggeris memang mengagumkan kami. Terima kasih kepada En.Abd Razak kerana membuat sesi kelas bahasa inggeris secara tidak langsung.

Jam 10pagi terus kami pergi ke Sekolah Menengah Kebangsaan Indera Mahkota 2, Kuantan. Kami di bahagikan kepada 2 kumpulan dimana kumpulan pertama terdiri daripada En. Ariff Sham, En. Ikhmal, En.Rezan, En.Firdaus, En. Shafiq dan En. Hambali. Kumpulan satu di kehendaki memeriksa sekolah terbabit dan kumpulan 2 hanya duduk di kantin menunggu kumpulan satu habis memeriksa sekolah.

Kemudian giliran kumpulan 2 menjalankan tugas. Kumpulan tersebut terdiri daripada En.Muhammadi, En.Arif, En.Nik Shahril, En. Farid dan En. Fikhrillah. Kumpulan tersebut ditugaskan untuk memeriksa Sekolah Kebangsaan Sungai Talam, Kuantan. Kumpulan satu pula beristirehat menunggu kumpulan 2 habis memeriksa sekolah.

Tengahari kami semua pulang ke PLK. Petang kami di tugaskan untuk menyiapkan laporan pemeriksaan sekolah kerana esok pagi, kami diarahkan untuk membentangkannya kepada trainer kami, En. Razak.












0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Muka Depan | En.Ikhmal | En.Rezan | En.Firdaus| En.Muhammadi | En.Ariff Sham | En.Nik Mohamad Shahril| En.Farid | En.Fikhrillah | En.Shafiq| En.Hambali | En.Arif
Geng2 Plk Kuantan Di Cipta Oleh Rezan | Inspirasi Oleh Payed