Jumaat, 31 Julai 2009

Latihan Teknik Temuduga Pesakit

Hari ini kami di tugaskan untuk membuat simulasi bagi menemuduga pesakit demam denggi. Agak sukar kerana masih janggal dan malu sesama sendiri untuk melakukannya. Kami ni bukannya pelakon handalan macam En.Ikhmal yang menjadi orang tua yang di syaki demam denggi. Mantop sungguh lakonanmu En.Ikhmal, dengan mimik muka yang selamber hehehe. Apapun syabas pada semua kerana mendapat pujian dari trainer, En. Razak. Cuma latihan demi latihan lagi diperlukan untuk memantapkan lagi cara menemuduga pesakit yang mana akan di jalankan sekali lagi oleh pengajar-pengajar KSKB.






AMARAN KPD TOPSOIL DRP KADI SDN BHD

Top Soil atau En. Firdaus, sila alihkan kereta anda dengan segera. Nanti kena warning lagi dengan Tok Kadi kat bawah tu. Jangan marah yer Daus. Cuma nasihat. wakakaka!!


Khamis, 30 Julai 2009

Mesin Basuh Baru

Bendahari kami En.Shafiq mencadangkan supaya membeli sebuah mesin basuh bagi kesenangan pelatih PLK Kuantan untuk membasuh baju. Nak harapkan pelatih kat sini basuh guna tangan, jangan mimpilah. Setiap seorang pelatih di kehendaki membayar sebanyak RM 28 seorang untuk membeli mesin basuh. Hari ini kami pergi beli dekat "Court Mamoh". Senanglah hati kami semua di sini sebab tak perlu basuh baju pakai tangan. Lembut lah tangan kami semua bak sutera sebab tak main sabun. Yahoo...!!!






Pemeriksaan Sekolah

Hari ini kami di beri taklimat bagi pemeriksaan sekolah. Kali ini En. Shafiq pula kena tazkirah pagi. Apapun kami ucapkan tahniah pada Shafiq walaupun bercakap dalam keadaan tergagap-gagap dan tunggang-langgang tapi keberanian dan kesungguhan untuk bercakap dalam bahasa inggeris memang mengagumkan kami. Terima kasih kepada En.Abd Razak kerana membuat sesi kelas bahasa inggeris secara tidak langsung.

Jam 10pagi terus kami pergi ke Sekolah Menengah Kebangsaan Indera Mahkota 2, Kuantan. Kami di bahagikan kepada 2 kumpulan dimana kumpulan pertama terdiri daripada En. Ariff Sham, En. Ikhmal, En.Rezan, En.Firdaus, En. Shafiq dan En. Hambali. Kumpulan satu di kehendaki memeriksa sekolah terbabit dan kumpulan 2 hanya duduk di kantin menunggu kumpulan satu habis memeriksa sekolah.

Kemudian giliran kumpulan 2 menjalankan tugas. Kumpulan tersebut terdiri daripada En.Muhammadi, En.Arif, En.Nik Shahril, En. Farid dan En. Fikhrillah. Kumpulan tersebut ditugaskan untuk memeriksa Sekolah Kebangsaan Sungai Talam, Kuantan. Kumpulan satu pula beristirehat menunggu kumpulan 2 habis memeriksa sekolah.

Tengahari kami semua pulang ke PLK. Petang kami di tugaskan untuk menyiapkan laporan pemeriksaan sekolah kerana esok pagi, kami diarahkan untuk membentangkannya kepada trainer kami, En. Razak.












Rabu, 29 Julai 2009

Kajian Lalat

Penerangan di berikan oleh trainer kami, En.Abd Rzak berkaitan dengan kajian lalat dewasa dan kajian berengga lalat (larva dan pupa). Kumpulan kami di pecahkan kepada dua mengikut sempadan yang di tetapkan di dalam perkampungan Bukit Ubi, Kuantan Pahang. Kami di tugaskan mencari tempat pembiakan lalat, melukis pelan lakar, mengira indeks lalat, mengambil spesimen larva dan pupa dan sebagainya. Hanya terdapat 2 jenis lalat, pupa dan larva yang di temui iaitu Lalat Rumah (Musca Domestica)dan Langau (Green Bottle Fly). Petangnya, kami di kehendaki menyiapkan report kajian lalat dan terus di bentangkan kepada trainer kami.












 
Muka Depan | En.Ikhmal | En.Rezan | En.Firdaus| En.Muhammadi | En.Ariff Sham | En.Nik Mohamad Shahril| En.Farid | En.Fikhrillah | En.Shafiq| En.Hambali | En.Arif
Geng2 Plk Kuantan Di Cipta Oleh Rezan | Inspirasi Oleh Payed